Resepi : No bake Nutella Oreo Cheesecake

Assalamualaikum.

Hari ni dah habis paper yang kedua. So, aku nak rest kejap daripada study. Next paper Ahad dan Isnin depan. Nervous mak oi.. Aku dah mula delete post yang lepas-lepas. Bila baca balik, tudiaa... Teruk sungguh penulisan aku. Kebudakan sangat. Malu i.

So, bila dah free ni, bolehlah aku update pasal resepi Nutella Oreo Cheesecake. Ada juga rupanya yang request. Aku ingat takde. Bila takde, aku taknak update. Hikss...One of my blog friends, Azzah Fieyza ada request beberapa hari lepas.




Sebelum tu, tengok dulu video cara dia buat. Takut korang tak faham.This is No Bake Nutella Oreo Cheesecake. Tak perlu susah susah guna oven. Aku ni jenis malas sikit nak pakai oven. Kalau boleh semua nak buat masuk peti ais je. Nak sangat elak dari guna oven sebab aku tak tahu sangat pakai oven.




Bahan-bahan

  • 12 keping Oreo Chocolate (chopped into small)
  • 16 oz Cream Cheese
  • 1 cawan nutella (lya guna semua sekali-bekas kecil pun dah cukup)
  • 2 cawan whipping cream (500 ml)
  • 1/3 butter yang dicairkan (80 g)
  • 2 sudu teh lemon jus (10 ml)
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • 1/3 cawan gula perang (60 g)
  • 1/3 cawan gula 
  • 1 1/2 serbuk roti / cracker crumbs (180 g)
Lapisan Pertama
  1. Masukkan cracker crumbs ke dalam bekas.
  2. Tambahkan serbuk kayu manis dan gula perang. Kacau guna spatula.
  3. Tambahkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam bekas pembakar dan ratakan. Lya guna bekas macam dalam video tu. 
  5. Masukkan ke dalam peti ais dalam setengah jam.
Lapisan Kedua.

  1. Putarkan cream cheese dan masukkan lemon jus.
  2. Kemudian masukkan whipping cream dan teruskan memutar. Tambahkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Bila sudah siap putar, asingkan cream cheese kepada dua bekas. Bekas pertama untuk lapisan kedua. Bekas kedua untuk lapisan ketiga. Ketepikan sebentar bekas kedua.
  4. Untuk bekas pertama, tambahkan oreo dan gaulkan.
  5. Masukkan ke dalam bekas pembakar yang dimasukkan ke dalam peti ais tadi untuk dijadikan lapisan kedua.
  6. Ratakan. Dan masukkan semula ke dalam peti ais.
Lapisan Ketiga.
  1. Ambil bekas kedua dan masukkan nutella.
  2. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas pembakar selepas lapisan kedua beku sedikit. Ratakan.
  4. Biarkan ke dalam peti ais semalaman atau kalau tak sabar sangat nak makan, 3-4 jam.


Selamat mencuba.




Yang menulis,
Aliaa Dhamirah.




9 comments:

  1. Assalamualaikum,thanks sis for the receipe!!will try soon. love yaa xoxo

    ReplyDelete
  2. Assalam..kek ni manis sangat x rasanya? Sebab tiga2 layer ada gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaalaikumussalam. Tak. Biasa je. Sebab dah kurangkan gula.

      Delete
  3. sedapnye... boleh try nt .. ^_^

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Dah try buat sis...its yummiessss...tq for the receipe...

    ReplyDelete
  5. Hai dear, what is mean of 16 oz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear. 16 oz lebih kurang 480 gram ;)

      Delete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)