Makanan dan Masak.

Assalamualaikum.

Hari ni dah start my first paper. Penat sangat otak. Tapi takpe. Sabar sikit je lagi. Lepas tu cuti semester. Habis je last paper, aku nak pergi holiday dengan coursemate aku dekat Pulau Langkawi. Nak masuk kali ketiga aku pergi Langkawi. Banyak lagi tempat menarik dekat sana yang aku tak melawat lagi. Hope kali ni aku dapat jelajah dengan diorang.

Dulu bila duduk dekat rumah, asyik complain nak makanan luar je. Sekarang ni bila dah masuk U ni, baru sedar bertapa berharganya makanan di masak di rumah. Terutama sekali masakan mama. Makan makanan dekat luar tiap-tiap hari buat aku makin tak lalu. Sampai tak tahu nak makan apa. Sebab asyik lauk yang sama je. Tambah-tambah dekat cafe kolej. Sampai dah boleh hafal kedudukan lauk tu kat mana.

Bila dah rasa muak nak makan makanan cafe, mulalah rindu nak balik rumah. Baru aku sedar, makanan luar terlalu banyak minyak. Kadang-kadang tak habis pun makan sebab minyak banyak sangat. Sekarang ni, bila balik rumah je, mesti mintak mama masakkan macam-macam. Tak pun, sebelum sampai rumah, aku akan mintak abah stop kejap dekat mana-mana hypermarket sebab nak beli bahan nak masak. Boleh aku masak sendiri.

Sebut pasal masak sendiri, makin meningkat dewasa ni, makin suka pulak aku dengan memasak. Minat tu datang sendiri actually. Balik rumah baru-baru ni, aku ada buat Non-bake Nutella Oreo Cheesecake. Senang sangat sebab tak perlu masak guna oven. Just masukkan dalam peti sejuk selama semalaman ataupun dalam 3-4 jam. Alhamdulillah sedap. Makan time sejuk je sebab kalau lama-lama, nanti cair. Macam aiskrim.



Aku ambik gambar dekat google je sebab tak sempat pun tangkap gambar. Aku buat cake ni malam. Esok pagi bangun tido mama dah potongkan sebab abah nak bagi dekat kawan abah. Resepi cake ni pulak aku ambik dari youtube dan translatekan sendiri sebab resepi ni dalam english. Kawan adik aku semua mintak resepi cake ni. Tak sempat aku nak bagi resepi sebab busy dengan final. Habis final baru nak bagi.

Oh ya. Kalau ada request untuk resepi cake ni, baru aku akan share. Sebab time ni aku malas nak buka buku resepi aku. Hikss...

Later i will update the recipe if there is any request by all of you.

Thank you,
Aliaa Dhamirah.


6 comments:

  1. sis,please share resepi ni!!!nanti bila dah publish let me know okay!

    ReplyDelete
  2. oopss ..my blog-- bila-cik-aza-berbicara.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kesian dia,...rindu masakan rumah ye. Nanti balik kampung, request macam2 kat mak ye.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)