Calling for Vendor.

Assalamualaikum.
My Clara Dotco is searching for a new vendor like handbag, blouse, shawl, food and etc. Please follow this and do contact us now.

Vendor Utara dialu-alukan.

Terima kasih.

Sahabat di University

Assalamualaikum.

Mempunyai sahabat adalah suatu perkara paling bermakna dalam hidup. For me, life without friends is worse. Mereka yang akan mewarnai hidup kita sepanjang kita hidup. Kadang ada sedih, gembira, marah, sakit hati. Tapi, semua tu yang buatkan kita belajar untuk saling lebih rapat lagi.

Aku.
Setiap fasa, aku akan ada sahabat rapat. Sahabat semasa sekolah rendah, sahabat semasa sekolah menengah, semasa universiti, sebilik, Mereka semua penyinar hidup. Mereka buat hidup kita sangat bermakna.

Harini aku nak cerita pasal sahabat di universiti. Almost 3 year we were together in university life. They are very meaningful to me. After this, semua akan buat haluan masing-masing. Maybe some of them continue their study, maybe some of them want to get married and maybe one of them want to work. So, before we split up, we had a meaningful moment together. Alaa, sedihnya time nak taip ni.

Wednesday night, 26 August 2015.

We are having a barbecue at Penang. After that, we spent the whole night together watching a movie which is Sinister 2 and 'lepak' at the beach. Having a Mamak and also picnic at 5 am. That was the wonderful moment even though masing-masing tahan mengantuk sampai ke pagi.  Sampai masuk kelas pagi khamis tu, masing-masing tahan mata. Lepas tu baru masing-masing tidur.



Friday night, 4 September 2015.

At that time, we are having a Pre-Graduation Night handled by Faculty of Accountancy. Purpose of that night is to celebrate last semester Accounting student and Deans. The theme of that night is Prom Night.  Sangat enjoy malam tu. Sedih pun ada sebab masing-masing dah nak habis. Lepas ni susah dah nak jumpa.













Thank you sahabat sebab sentiasa ada. Thank you sebab sentiasa menceriakan. Thank you sebab jiwa ini sentiasa happy. Thank you. Thank you and Thank you. Semoga ukhwah antara kita terjalin till jannah. Good luck for our future. Aku sayang korang kerana Allah.

Ya ALLAH.
Panjangkanlah umur sahabatku.
Kurniakan kesihatan yang baik terhadap sahabatku.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya.
Dekatkanlah hatinya ke arah kebaikan, hindari hatinya dari keburukan.
Tunaikanlah hajatnya yang baik.
Berilah kehidupan kepadanya yang terbaik.
Semoga dirinya berjaya di dunia dan akhirat.
AMEEN.



Till then,
Aliaa Dhamirah
Parsi KAC110 6A.


Resepi : No bake Nutella Oreo Cheesecake

Assalamualaikum.

Hari ni dah habis paper yang kedua. So, aku nak rest kejap daripada study. Next paper Ahad dan Isnin depan. Nervous mak oi.. Aku dah mula delete post yang lepas-lepas. Bila baca balik, tudiaa... Teruk sungguh penulisan aku. Kebudakan sangat. Malu i.

So, bila dah free ni, bolehlah aku update pasal resepi Nutella Oreo Cheesecake. Ada juga rupanya yang request. Aku ingat takde. Bila takde, aku taknak update. Hikss...One of my blog friends, Azzah Fieyza ada request beberapa hari lepas.




Sebelum tu, tengok dulu video cara dia buat. Takut korang tak faham.This is No Bake Nutella Oreo Cheesecake. Tak perlu susah susah guna oven. Aku ni jenis malas sikit nak pakai oven. Kalau boleh semua nak buat masuk peti ais je. Nak sangat elak dari guna oven sebab aku tak tahu sangat pakai oven.




Bahan-bahan

  • 12 keping Oreo Chocolate (chopped into small)
  • 16 oz Cream Cheese
  • 1 cawan nutella (lya guna semua sekali-bekas kecil pun dah cukup)
  • 2 cawan whipping cream (500 ml)
  • 1/3 butter yang dicairkan (80 g)
  • 2 sudu teh lemon jus (10 ml)
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • 1/3 cawan gula perang (60 g)
  • 1/3 cawan gula 
  • 1 1/2 serbuk roti / cracker crumbs (180 g)
Lapisan Pertama
  1. Masukkan cracker crumbs ke dalam bekas.
  2. Tambahkan serbuk kayu manis dan gula perang. Kacau guna spatula.
  3. Tambahkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam bekas pembakar dan ratakan. Lya guna bekas macam dalam video tu. 
  5. Masukkan ke dalam peti ais dalam setengah jam.
Lapisan Kedua.

  1. Putarkan cream cheese dan masukkan lemon jus.
  2. Kemudian masukkan whipping cream dan teruskan memutar. Tambahkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Bila sudah siap putar, asingkan cream cheese kepada dua bekas. Bekas pertama untuk lapisan kedua. Bekas kedua untuk lapisan ketiga. Ketepikan sebentar bekas kedua.
  4. Untuk bekas pertama, tambahkan oreo dan gaulkan.
  5. Masukkan ke dalam bekas pembakar yang dimasukkan ke dalam peti ais tadi untuk dijadikan lapisan kedua.
  6. Ratakan. Dan masukkan semula ke dalam peti ais.
Lapisan Ketiga.
  1. Ambil bekas kedua dan masukkan nutella.
  2. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas pembakar selepas lapisan kedua beku sedikit. Ratakan.
  4. Biarkan ke dalam peti ais semalaman atau kalau tak sabar sangat nak makan, 3-4 jam.


Selamat mencuba.




Yang menulis,
Aliaa Dhamirah.




Makanan dan Masak.

Assalamualaikum.

Hari ni dah start my first paper. Penat sangat otak. Tapi takpe. Sabar sikit je lagi. Lepas tu cuti semester. Habis je last paper, aku nak pergi holiday dengan coursemate aku dekat Pulau Langkawi. Nak masuk kali ketiga aku pergi Langkawi. Banyak lagi tempat menarik dekat sana yang aku tak melawat lagi. Hope kali ni aku dapat jelajah dengan diorang.

Dulu bila duduk dekat rumah, asyik complain nak makanan luar je. Sekarang ni bila dah masuk U ni, baru sedar bertapa berharganya makanan di masak di rumah. Terutama sekali masakan mama. Makan makanan dekat luar tiap-tiap hari buat aku makin tak lalu. Sampai tak tahu nak makan apa. Sebab asyik lauk yang sama je. Tambah-tambah dekat cafe kolej. Sampai dah boleh hafal kedudukan lauk tu kat mana.

Bila dah rasa muak nak makan makanan cafe, mulalah rindu nak balik rumah. Baru aku sedar, makanan luar terlalu banyak minyak. Kadang-kadang tak habis pun makan sebab minyak banyak sangat. Sekarang ni, bila balik rumah je, mesti mintak mama masakkan macam-macam. Tak pun, sebelum sampai rumah, aku akan mintak abah stop kejap dekat mana-mana hypermarket sebab nak beli bahan nak masak. Boleh aku masak sendiri.

Sebut pasal masak sendiri, makin meningkat dewasa ni, makin suka pulak aku dengan memasak. Minat tu datang sendiri actually. Balik rumah baru-baru ni, aku ada buat Non-bake Nutella Oreo Cheesecake. Senang sangat sebab tak perlu masak guna oven. Just masukkan dalam peti sejuk selama semalaman ataupun dalam 3-4 jam. Alhamdulillah sedap. Makan time sejuk je sebab kalau lama-lama, nanti cair. Macam aiskrim.



Aku ambik gambar dekat google je sebab tak sempat pun tangkap gambar. Aku buat cake ni malam. Esok pagi bangun tido mama dah potongkan sebab abah nak bagi dekat kawan abah. Resepi cake ni pulak aku ambik dari youtube dan translatekan sendiri sebab resepi ni dalam english. Kawan adik aku semua mintak resepi cake ni. Tak sempat aku nak bagi resepi sebab busy dengan final. Habis final baru nak bagi.

Oh ya. Kalau ada request untuk resepi cake ni, baru aku akan share. Sebab time ni aku malas nak buka buku resepi aku. Hikss...

Later i will update the recipe if there is any request by all of you.

Thank you,
Aliaa Dhamirah.


Wishlist : Wedding

Assalamualaikum.

Final exam is coming.. Aku start exam 4 April ni and i'm so nervous to deal with that. Sampai sekarang still tak sentuh notes sebab busy dengan last assignment. Wuu sedih...

Sekarang ni, itu bukan cerita aku untuk hari ni. Lately aku rasa jelous bila ramai kawan aku yang dah berumah tangga plus ada yang baru dapat anak. Rasa teruja gila. Tak sangka aku ni dah tinggalkan zaman remaja aku dulu. Bila rasa jelous tu datang, mulalah nak tengok wedding dress cantik-cantik. Cincin cantik. Theme wedding. Photographer. Oh my.. Teruja sangat tengok.

Mulalah aku rasa nak jadikan semua dress tu inspirasi nanti. Tak salahkan? hikss.. Tengah bayang macam-macam dalam kepala ni.



I'm just love White. Tak tahu kenapa. Kalau melibatkan wedding dress, mesti nak White and lace. Taknak too much beaded. Tapi kalau nak perubahan warna sedikit, maybe pastel colour. Aku sangat tak suka colour yang too much.  Ohmeee... Aku berangan. Aku berangan. Tak sedar diri tu kena kurus dulu. Baru sesuai nak pakai. Tapi nak jugak berangan. wekk.

Cincin ! Tak kisah lah tunang ke, kahwin ke, salah satu mesti teringin Diamond. Just like this photo.



Aku nak layan gambar je harini. Jom layan sekali okey??










Untuk aku, wedding dress mestilah menutup aurat sebab aku bertudung and islam. But, aku still nakkan pattern yang aku idamkan. Hope so.

So, be prepare my future husband. hikss.

Yang berangan,
Aliaa Dhamirah.


Report done !

Assalamualaikum.

Nak dekat final ni, makin busy pulak. Dengan presentation, forum, assingment lagi. Semua lecturer nak selesaikan dalam minggu-minggu nak dekat final ni. Dah nak masuk 4 minggu aku tak balik rumah. First time lah. Sebab aku ni kalau boleh setiap minggu nak balik. Anak mak. Hiksss.

Alhamdulillah selesai hantar report untuk subject marketing. Aku diberi kepercayaan untuk design new product untuk syarikat Hershey's. Kitorang kena produce new product untuk satu company. This is just for our assignment. Takde kena mengena untuk menjatuhkan syarikat Hershey's.

There is it ! Hershey's Chocolate Ice Cream with Hershey's Cookies & Cream and Almond.



Untuk badan bekas ais krim.

Untuk penutup bekas.

At last, siap jugak. 


Aku jugak dapat kepercayaan daripada kawan aku dari group lain. Diorang punya group pilih untuk generate new product untuk KFC. 

So, here is the packaging of Cheezy Squito !



So, aku jugak ambik tempahan untuk buat packaging seperti di atas ni. Harga boleh runding. Bergantung kepada susah atau senang nak design.

Last but not least, doakan aku untuk menghadapi hectic week, next week. Full of presentation, test and forum.





Sincerely,
Aliaa Dhamirah.



Westlife

Assalamualaikum.




I don't know why, tapi selalunya kalau dengar lagu Weslife je, mesti fefeling sorang-sorang.. Suka sangat semua lagu Westlife even diorang dah lama tak perform.

Tiba-tiba malam ni rasa nak dengar lagu westlife. Paling suka lagu I Lay My Love On You, Fool Again, Season in the Sun, My Love, etc.

Dari kecil lagi memang selalu dengar lagu Westlife. Tambah tambah my dad suka dengar lagu Evergreen.. So, aku terikut-ikut jugak.. Dulu my dad suka sangat beli Cd Evergreen then pasang dalam kereta. Bila dah selalu sangat dengar lagu yang sama, sampai terhafal semua lagu tu tanpa sedar. Even lagu Westlife dah lama, tapi aku yang still muda ni still dengar. Setiap orang lain cita rasa, bagi aku tak salah dengar lagu yang old skool.

Ingat lagi time sekolah rendah, cikgu mesti suruh nyanyi lagu Season In The Sun sesama. Time tu ade ceramah motivasi. Bestnya.. Rindu time budak-budak tu.

Last but not least, jom layan jap lagu Westlife.




Sincerely,
Aliaa Dhamirah.