Raya 2014 .

Assalamualaikum.
Baru hari ni rasa nak post. Pemalas gila aku ni. Orang lain dah beranak pinak dah post pasal raya. Aku ni baru hari ni nak post. Lepas tu pulak, ucap Selamat Berpuasa hari tu pun tak. Bertambah-tambah pemalas aku ni hah. Trafik blog pun makin kurang. Padan muka aku !

Oh, by the way, nak ucap jugaklah Selamat Hari Raya ke-15 dekat korang. Maaf segala salah silap aku selama aku berblogging ni hah. Kalau aku ada post benda yang kurang menyenangkan korang ke, maaf lah ye. Kosong-kosong yee :)

Raya kali ni tak puas sangat sebab tak dapat beraya rumah sahabat-sahabat. Boleh kira dengan jari aku pergi rumah sape. Sebab tak sempat. Dengan rumah aku buat kenduri aqiqah lah bagai. Sibuk hoi. Kalah semut. Tup tup dah kena balik uitm. Sadiss nya. Tak puas raya. Balik uitm pun masih dalam mood raya.

Nah. Aku belanja sikit gambar raya aku dengan family aku je. Semua raya first. Hari lain takde gambar sebab malas bergambar. Pegi openggg houze pun aku tak ambik gambar. Orang lain ade yang jenis kalau boleh setiap kali redah openg houzeee, mesti masuk gambar dalam insta lah, fb lah, twiderr lah. Aku? habuk pun takde. 


Nampak macam aku ni golongan mak-mak dah. Dari kiri, mama, aku, Nurin (adik last), Ain (adik first) dan Balqish (Anak saudara). 

This is Haji Raman's family. Dari anak hingga ke cucu. Yang kecik budak-budak semua anak saudara aku. Sebelah mama dan abah tu, kakak-kakak ipar. Yang lelaki abang-abang aku. Tak pernah tau bergambar sekeluarga lengkap macam ni. Kalau tak, ada je yang kurang. 

Aku sekarang ada 3 orang anak saudara. Seorang lelaki dan 2 perempuan. Aku letak gambar Balqish dengan Naqiu je. Sebab yang lagi sorang, Zara still baby. So, nanti dah besar baru aku nak letak.




Dah nak habis taip post ni, baru aku rasa macam aku kenalkan ahli keluarga aku. Padahal 'main' post aku pasal Raya. Tapi, biar jelah. Dah malas nak edit balik. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
-Aliaa Dhamirah-




1 comment:

  1. hai...tak lewat lagi kan nak ucap selamat hari raya kat tuan blog..hehehehehehehehehehehe...al-maklumlah new kat sini.....happy blogging ^^


    http://aimanbudakbaik93.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)