Perasaan bukan perasan.

Assalamualaikum.




Perasaan? 
Satu perkataan yang penuh dengan makna tersendiri.
Semua orang ada perasaan. Cuma berbeza-beza. 
Bukan aku minta, bukan aku nak.
Cuma semua orang dikurniakan perasaan. 

Kadang-kadang, hidup kita perlukan sebuah pengorbanan.
Daripada pengorbanan, kita memerlukan perjuangan.
Perjuangan pula memerlukan ketabahan.
Dari situ, kita akan dapat keyakinan.
Keyakinan itulah akan menentukan kejayaan kita.
Dan akhirnya menentukan kebahagiaan.

Kadang-kadang kita memerlukan kesabaran.
Tetapi, semakin lama kita menyimpan kesabaran,
Sampai ke suatu tahap, kesabaran kita akan bertukar kepada marah.
Kadang-kadang kita menunjukkan kesabaran itu,
Tetapi kesabaran kita itu tidak disedari.
Malah, kita dikatakan kita mempunyai kesabaran yang kurang.
Adakah ini dikatakan kesabaran kita hanya sia-sia?

Kadang-kadang kita sedih,
Kita menangis dalam diam.
Kita menutup kesedihan kita dengan kegembiraan yang dibuat-buat.
Tetapi kita melihat orang lain gembira.
Tetapi kesedihan kita tidak disedari.
Tidakkah mereka tahu apa yang telah menyebabkan kita sedih?

Kadang-kadang kita memerlukan perhatian.
Perasaan diabaikan akan wujud jika kita tidak dipedulikan.
Tetapi, bila ditanya, pertanyaan akan kembali kepada kita.
"Perasaan mereka pula siapa nak jaga?"
Apakah yang patut kita lakukan?
Tidakkah mereka sedar yang selama ni kita telah mengabaikan perasaan kita?
Demi menjaga perasaan mereka?
Siapakah yang patut dipersalahkan?

Apa yang perlu kita lakukan ?


Till then,
Aliaa Dhamirah.





4 comments:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Sabar itu tiada had, sebab itu pahalanya infinity :)
    Allah tahu apa di dalam hati,
    berbicara aja sama Dia.pasti terjawab :)

    seronok membaca. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)