Perasaan bukan perasan.

Assalamualaikum.




Perasaan? 
Satu perkataan yang penuh dengan makna tersendiri.
Semua orang ada perasaan. Cuma berbeza-beza. 
Bukan aku minta, bukan aku nak.
Cuma semua orang dikurniakan perasaan. 

Kadang-kadang, hidup kita perlukan sebuah pengorbanan.
Daripada pengorbanan, kita memerlukan perjuangan.
Perjuangan pula memerlukan ketabahan.
Dari situ, kita akan dapat keyakinan.
Keyakinan itulah akan menentukan kejayaan kita.
Dan akhirnya menentukan kebahagiaan.

Kadang-kadang kita memerlukan kesabaran.
Tetapi, semakin lama kita menyimpan kesabaran,
Sampai ke suatu tahap, kesabaran kita akan bertukar kepada marah.
Kadang-kadang kita menunjukkan kesabaran itu,
Tetapi kesabaran kita itu tidak disedari.
Malah, kita dikatakan kita mempunyai kesabaran yang kurang.
Adakah ini dikatakan kesabaran kita hanya sia-sia?

Kadang-kadang kita sedih,
Kita menangis dalam diam.
Kita menutup kesedihan kita dengan kegembiraan yang dibuat-buat.
Tetapi kita melihat orang lain gembira.
Tetapi kesedihan kita tidak disedari.
Tidakkah mereka tahu apa yang telah menyebabkan kita sedih?

Kadang-kadang kita memerlukan perhatian.
Perasaan diabaikan akan wujud jika kita tidak dipedulikan.
Tetapi, bila ditanya, pertanyaan akan kembali kepada kita.
"Perasaan mereka pula siapa nak jaga?"
Apakah yang patut kita lakukan?
Tidakkah mereka sedar yang selama ni kita telah mengabaikan perasaan kita?
Demi menjaga perasaan mereka?
Siapakah yang patut dipersalahkan?

Apa yang perlu kita lakukan ?


Till then,
Aliaa Dhamirah.





Review : Edit Blog

Assalamualaikum.
 Kebusyan melanda diri sejak dua menjak ni. Haih. Letih letih. Tapi kalau tak membusyka diri, macam mana nak berjaya kan? 

Dua tiga minggu lepas Lya dah siap edit satu lagi blog. Ambil masa seminggu jugak nak siap. 


Folder khas untuk edit blog. 

Dengan bertemankan awan, selesai jugak Lya mengedit blog ni hah. Letih jugak lah sebab tambah dengan test dengan quiz lagi. 




Pakej yang Dayah ni ambik ialah:

  • Header
  • Welcome Image
  • Cursor
  • Sidebar
  • Content
  • Footer Image
  • Chatbox
  • Dashboard & Follow Button
  • Floating Button
  • Credit Section
  • Button Home, Older, Newer
  • Top Button
  • Scroll Bar
  • Blockquote
  • Border Keliling Blog

Boleh visit her blog untuk tengok real preview. Thanks.

http://awandihatiku91.blogspot.com/

Till then,
Aliaa Dhamirah.