Happy Today :D

Assalamualaikum.

Esok cuti sempena Ulang tahun Sultan Kedah. So, hari ni tak balik Uitm lagi lah. Lya actually dekat rumah ni. 

Hari ni seharian Lya bersama family Lya. Semua adik beradik berkumpul hari ni. Cuma adik Lya sorang je takde sebab stay asrama. 

Sempena hari ni, disebabkan semua pakat ada, kitorang makan tengahari beramai-ramai. Mama Lya yang masak. Ada ikan bakar, kari, sayur, sambal belancan, ulam dan banyak lagi lah. Lya pulak bahagian buat air. So, hari ni Lya buat kelainan sikit. Air Koktail Buah-buahan Campuran with Laici and Krimer Sejat. Minum time panas memang best. Dua kali Lya terpaksa buat air ni sebab cepat habis. Alhamdulillah . 


Petang pulak, kitorang lepak dekat luar rumah. Ambil angin petang. Rumah kampung je. Biasa-biasa saje.

Naqiu dengan abang Lya. Naqiu ni anak sedara Lya yang kedua. Sekarang dah pandai nak ikut orang. Tambah-tambah kalau dia nampak sape-sape yang pakai tudung, confirm nak ikut. Abang Lya ni yang sulung. Kitorang semua ada 7 beradik. Tapi sekarang dah tinggal 6 orang je. Sebab kakak Lya dah kembali kerahmatullah. Accident dengan bas sekolah.

Ni pulak Balqish. Anak sedara Lya yang first. Time ni dia tengah main masak-masak katanya.


Dalam pukul 6 lebih petang tadi, adik Lya, Nurin dengan Balqish ajak pergi Playland dekat Ekspo. Pujuk punya pujuk abah Lya, last-last abah  kasi guna kereta kesayangan abah. Siap pesan parking elok-elok. Takut calar. Haha.






Dah maghrib, kitorang sampai rumah. Oh lupa. Lya pergi playland ni dengan Kakak ipar, Naqiu, Balqish and Nurin.

Happy,
Aliaa Dhamirah.


7 comments:

  1. Bestnya makan ramai ramai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kadang-kadang je dapat berkumpul macam ni :)

      Delete
  2. teringin pulak tengok koktail tu. emm.

    ReplyDelete
  3. best kan dapat makan ramai2 :) zizie pun duk rumah asyik habiskan beras kat rumah aje.. hehehe.. wow.. koktail.. nak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan? Masa ni lah boleh makan puas-puas. Balik uitm mmg tak lah :D

      Delete
  4. Wow !! syoknya !!! bila lah dapat cemua nie kan... asyik duk dlm utan aja nie.. :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)