Pavlova .

Assalamualakum...
First try . Alhamdulillah menjadi . Sangat senang rupanya buat Pavlova. Happy sangat ! Finally sebelum aku masuk kembali untuk semester ke lima, aku berjaya capai hasrat aku nak buat pavlova. (Hasrat sangattt...)

A video posted by Aliaa Dhamirah (safwan) (@thelullabiy) on


Thanks,
Aliaa Dhamirah.



Aku nak buka Cafe !

Hari ini baru boleh online sejak aku di rumah menghabiskan sisa-sisa cuti semester aku yang nak tiba ke penghujungnya. Seperti cuti semester sebelum ini, aku still tak keje part time dekat mana-mana pun. Cuma insyaallah aku dalam proses nak buka cafe. Alhamdulillah sesi mengecat dah complete. 


Thanks to my bie, abang e dan Nurin. Next plan, aku nak cari furniture dengan decoration. Harap harap impian aku berjaya. Thanks to mama yang banyak support aku. Terutamanya duit ! Hikss..

By the way, ade tak sesiapa yang boleh suggestkan Lya, macam mana cara paling ideal untuk kurus?? I have to achive my target soon. Please please.

Love,
Aliaa Dhamirah.




Tuto : Letak lagu dari Youtube tanpa video

Assalamualaikum.


1. First, search lagu yang korang nak di Youtube : LINK SINI
2. Dah jumpe? Copy embed code dia. Ikut step di bawah.


1. Klik Share.
2. Tekan Embed.
3. Tick pada kotak Use old embed code [?]
4. Copy code dalam kotak tersebut.

LETAK DALAM BLOG.

1. Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript (untuk letak dalam new sidebar)

2. Dashboard > Layout > Pilih salah satu gadget di sidebar yang korang nak (Contoh, Lya nak letak lagu sekali dengan Shoutbox Lya, so Lya pilih sidebar yang ada code untuk Shoutbox)

3. Paste code yang korang copy dari youtube tadi di ruangan html/Javascript. Kalau korang pilih untuk letak di atas Shoutbox macam Lya, korang paste code tersebut di atas code shoutbox tersebut.



Contoh letak code sebelum Shoutbox.

4. The next step is, tukarkan width dengan height yang sesuai untuk blog korang.

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="//www.youtube.com/v/7-7knsP2n5w?version=3&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="//www.youtube.com/v/7-7knsP2n5w?version=3&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

     .... Lya suggest korang tukar saiz Width kepada 60 dan height kepada 25. Saiz yang dalam blog Lya yang itulah. It depends on korang lah. Boleh je kalau nak ubah kepada saiz lain ikut kesesuaian blog korang.

AUTOPLAY

Next, untuk letak autoplay. Kalau tak nak buat autoplay pun takpe, korang boleh SAVE terus lepas step ke 4.

1. Copy code di bawah.
&autoplay=1
2. Letak seperti contoh di bawah.

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="//www.youtube.com/v/7-7knsP2n5w?version=3&autoplay=1&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="//www.youtube.com/v/7-7knsP2n5w?version=3&autoplay=1&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
 TUKAR WARNA 

Kalau korang taknak tukar warna pun takpe. Korang boleh terus save je. 

1. Copy code dibawah
&amp;color1=FFCA57&amp;color2=FFCA57
....FFCA57 = Tukar kepada code warna yang korang nak.

2. Letak code tersebut seperti contoh dibawah.

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="//www.youtube.com/v/7-7knsP2n5w?version=3&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=FFCA57&amp;color2=FFCA57"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="//www.youtube.com/v/7-7knsP2n5w?version=3&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=FFCA57&amp;color2=FFCA57" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>


Last but not least, SAVE !

Contoh akan jadi seperti di bawah.




Note : Kalau tak jadi, tolong inform Lya ye. Takut terlepas step. Thanks.. :)


Aliaa Dhamirah.







Raya 2014 .

Assalamualaikum.
Baru hari ni rasa nak post. Pemalas gila aku ni. Orang lain dah beranak pinak dah post pasal raya. Aku ni baru hari ni nak post. Lepas tu pulak, ucap Selamat Berpuasa hari tu pun tak. Bertambah-tambah pemalas aku ni hah. Trafik blog pun makin kurang. Padan muka aku !

Oh, by the way, nak ucap jugaklah Selamat Hari Raya ke-15 dekat korang. Maaf segala salah silap aku selama aku berblogging ni hah. Kalau aku ada post benda yang kurang menyenangkan korang ke, maaf lah ye. Kosong-kosong yee :)

Raya kali ni tak puas sangat sebab tak dapat beraya rumah sahabat-sahabat. Boleh kira dengan jari aku pergi rumah sape. Sebab tak sempat. Dengan rumah aku buat kenduri aqiqah lah bagai. Sibuk hoi. Kalah semut. Tup tup dah kena balik uitm. Sadiss nya. Tak puas raya. Balik uitm pun masih dalam mood raya.

Nah. Aku belanja sikit gambar raya aku dengan family aku je. Semua raya first. Hari lain takde gambar sebab malas bergambar. Pegi openggg houze pun aku tak ambik gambar. Orang lain ade yang jenis kalau boleh setiap kali redah openg houzeee, mesti masuk gambar dalam insta lah, fb lah, twiderr lah. Aku? habuk pun takde. 


Nampak macam aku ni golongan mak-mak dah. Dari kiri, mama, aku, Nurin (adik last), Ain (adik first) dan Balqish (Anak saudara). 

This is Haji Raman's family. Dari anak hingga ke cucu. Yang kecik budak-budak semua anak saudara aku. Sebelah mama dan abah tu, kakak-kakak ipar. Yang lelaki abang-abang aku. Tak pernah tau bergambar sekeluarga lengkap macam ni. Kalau tak, ada je yang kurang. 

Aku sekarang ada 3 orang anak saudara. Seorang lelaki dan 2 perempuan. Aku letak gambar Balqish dengan Naqiu je. Sebab yang lagi sorang, Zara still baby. So, nanti dah besar baru aku nak letak.




Dah nak habis taip post ni, baru aku rasa macam aku kenalkan ahli keluarga aku. Padahal 'main' post aku pasal Raya. Tapi, biar jelah. Dah malas nak edit balik. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
-Aliaa Dhamirah-




Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum.

Dah lama tak join segmen. Come and join with me maybe?


(Klik banner untuk join)

Sangat mudah untuk join segmen ni. Try lah. 

Till then, 
Aliaa Dhamirah.

Liebster Award by Cik Mimie

 Assalamualaikum.

Liebster Award lagi. Kali ini Lya ditag oleh Cik Mimie. Meh kita tengok soalan cepumas ape yang Cik Mimie ni tanya Lya. 


1. Dimanakah negeri kelahiran anda?
  • Negeri Jelapang Padi. Kedah Darul Aman.
2. Dimanakah tempat paling best untuk dikunjungi di tempat kelahiran anda?
  • Pulau Langkawi semestinya :)
3. Siapakah sahabat karib anda?
  • Sahabat yang sentiasa berada time Lya susah dan senang. :)
4. Dimanakah anda mengenali sahabat karib anda itu?
  • Actually Lya ramai sahabat karib. Sahabat di sekolah, sahabat di Uitm dan sahabat di rumah. So, Lya kenal diorang di rumah, Uitm and sekolah. 
5. Berapa lamakah persahabatan anda dengan sahabat karib anda?
  • Sahabat karib di sekolah SMKAS since form 1, di SMKKK since form 4, di Uitm since 2013 and dirumah since I was born. 
6. Apa yang anda suka tentang sahabat karib anda? 
  • Caring me, Loving me, stay with me time susah dan senang. Tu je kot. :)
7. Adakah beliau berasal dari negeri kelahiran anda?
  • Tak, ade yang asal Kedah. And ade yang asal KL. Mostly, Kedah lah.
8. Apakah status anda sekarang (Bujang, Berkahwin, Janda, Duda)
  • Still bujang :)
9. Dalam sesebuah hubungan apa yang perlu ada?
  • Kejujuran, kesabaran, kesetiaan. Kalau perhubungan itu belum sah lagi, I think better tak payah control pasangan kita tu sangat. Like, tak kasi pasangan kita tu berkawan rapat dengan perempuan or texting with le girlss. For me, tak kisah. Asalkan pasangan kita tu setia dengan kita. :)
10. Pernah melalui hubungan cinta jarak jauh?
  • Pernah dan tak kekal :)
11. Apa pendapat anda tentang blog Cik Mimie dan ada apa-apa perubahan yang perlu Cik Mimie lakukan di blog ini?
  • Maybe Cik Mimie kurangkan sikit content dekat sidebar. 
  • Jenis entry tak perlu letak pun takpe.
  • Kurangkan letak yang bahagian "mereka yang hebat", "mereka yang best" dan "mereka yang sempoi". Sebab panjang sangat. 
  • Sorry, just pendapat :)
Jom Cik Mimie jawab Liebster Award yang Lya buat pulak ye. :) klik SINI

Settle sudah. Buat entry ni ambil masa 2 jam lebih sebab sambil tengok citer. Padahal 30 minit pun dah boleh siap menjawab. Apelah. 

Sincerely,
Aliaa Dhamirah.


Nothing . Help me .

Asslamualaikum...

Cuti semester dah habis. Sekarang dah sambung semester baru. Alahmdulillah semester ni ada 5 subjek je. Masuk final cuma 4 subjek. Mesti lepas ni dah jarang nak online bagai. Nak berblog memang susahlah kan. 

Perasan tak, bila jadi baik, susah. Bila jadi jahat pun susah. Betul tak? Kadang-kadang kita rasa, kita ni dah cukup baik untuk seseorang. Kita rasa semua orang akan sukakan kita. Tapi, pernah terfikir tak? Ada sikap baik kita tu orang tak suka? 

sumber: google

Kita jadi jujur pun orang tak sukakan? Susahkan nak puaskan hati orang. Macam mana pulak kita nak atasi keadaan dimana, perkara yang bukan salah kita menjadi salah kita? 

Kenapa sesetengah orang, susah nak rasa marah? Dan cepat memaafkan orang? Kenapa bila rasa nak marah je, lidah kelu. Tiada kata-kata yang terkeluar? Mulut terkunci dengan tiba-tiba? Dan tiba-tiba rasa nak marah bertukar menjadi pesalah?? 

Perlu ke? Kalau kita dah tahu yang kita memang bersalah, kita cuba menutup kesalahan kita dengan mencari kesalahan orang lain? Perlu ke? Macam mana nak hadapi orang sebegini?

Mampukah kita untuk menjadi tempat untuk orang lain meluah perasaan? Sehinggakan kita menjadi mangsa kemarahan orang tersebut?

I need explaination. 



Aliaa Dhamirah.



The Liebster Award by Fifie FeyCa


Assalamualaikum..

Actually dah lama Lya perasan pasal Liebster Award ni. Tapi tak pernah terfikir Lya pun akan kena tag. Suddenly, Lya check comment moderation, Fifie tag Lya. Takkan Lya nak biarkan je. Iye dok? Sekurang-kurangnya, Lya boleh buat entry baru. Thanks to her. So, let's try to answer her question ! GAMBATE  ! 


1. Lagu yang menggambarkan perasaan anda sekarang
  • OST Doraemon and Love Story by Taylor Swift. 
2. Cerita yang mengambarkan kehidupan anda sekarang
  • Cerita Kehidupan Aliaa Dhamirah (Tipu).  Sebab takde cerita yang menggambarkan kehidupan Lya sekarang. Kehidupan Lya kalau ikutkan, bercampur dengan pelbagai cerita. 


3. 5 menda/perkara yang sangat2 penting dalam hidup anda
  • Allah
  • Family, BF, rakan-rakan, guru
  • Duit
  • Handphone, Laptop
  • I/C
4. 5 menda/perkara yang boleh buat anda rasa bahagia sangat
  • Happy Surprise - eg: someone special propose me in candlelight dinner *tlg tampaq aku*
  • Dapat duit banyak
  • Tidur
  • Pass my final exam
  • Bila tak kena marah 
5. 5 menda/perkara yang boleh buat anda lost or hilang tumpuan/fokos dlm hidup
  • Takde mood
  • Kena marah 
  • Sedar telah buat sesuatu kesalahan
  • Sakit
  • Sedih
6. 5 cara anda mengatasi masalah hilang tumpuan/fokos dlm hidup
  • Berdiam diri buat seketika
  • Berdoa
  • Tidur
  • Bercakap/main dengan baby/kanak-kanak
  • Terus-terang
7. 5 cara anda mengatasi masalah kurang keyakinan pada diri sendiri
  • Meluah pada seseorang
  • Meminta nasihat daripada seseorang
  • Meminta seseorang berada di belakang Lya untuk sokong Lya.
  • Meminta pertolongan
  • Kena marah
8. Pernah jatuh cinta? Bila? Bagaimana? Cecite...
  • Krik... krik... krik....... 
9. 5 Ciri-ciri pasangan pilihan hati anda? Opss.. nak tau jgk..
  • Boleh membimbing Lya
  • Caring, Loving
  • Can accept my weakness
  • Open-minded
  • Gentleman
10. Apa pendapat anda tentang blog Fifie Feyca? ce komen skit.
  • Nice. Entry menarik.
11. Pada pendapatan anda, apa yang perlu ditambah baik dalam blog Fifie ni? I think its lacking of something. Help me out. Thank you so much. Maybe nak share cara nak tambah viewers and add nuffnang earning. sharing is caring.
  • Letak scrollbar dekat blog archive
  • Choose either "Popular post" atau "More cool stuff here"
  • Kurangkan letak banyak widget eg: smile sebab boleh beratkan blog.
  • Pasal nuff tu, cuma perlu rajin BW . Mybe?
  • Blog List better letak dekat sidebar. Jangan letak dekat footer.
  • Hope membantu dan just pendapat. :)
Akhirnya setlle jugak jawab kesemua soalan Fifie. Hope u like it dear.


So, the lucky nominates are:

Nad | Izzati Amira | Samiqa | Atie Zakaria | Zizie | Azwar Syuhada | Miss Hunymadu

dan
Semua rakan yang singgah di blog Lya .


The Questions are:

  1.  Describe yourself in 5 words
  2.  Perkara paling ohsem/gempak yang anda pernah lakukan,
  3.  5 Cara untuk mengatasi rasa sedih bila kena marah secara tiba-tiba.
  4.  Pendapat anda tentang blog Lya.
  5.  Kenapa anda terlibat di dalam dunia blogging?
  6.  Apa kekurangan/kelemahan yang terdapat di dalam blog Lya?
  7.  5 Perkara yang anda paling ingin lakukan sebelum berkahwin.
  8.  Benda yang paling anda tidak suka/gemar lakukan.
  9.  Describe about your blog.
  10.  5 perkara yang anda akan lakukan untuk mendapat duit tambahan/lebih.
  11.  First impression terhadap diri Lya.
Lya nak invite rakan-rakan blogger lain untuk sama-sama memeriahkan segmen ini. Kita jugak akan dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain. Come, lets join me. Eratkan hubungan sesama blogger. Jangan lupa tinggalkan link di ruangan comment. Lya akan jejak blog korang. Keep Calm and Answer the Question. 

Happy,
Aliaa Dhamirah.



"Segmen Blogwalking by Izzati Amira"

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Short Vacation : Bukit Bendera ( Penang Hill )


Assalamualaikum.....

Ini kali kedua Lya pergi ke sana. First time dengan classmates. Kali ni dengan Nurin, Syakil, Rayyan, Fana, Dee, Zati and Safwan. Kitorang pergi lepas berpenat lelah jawab final exam hari tu. Actually pergi dah lama dah. Beberapa minggu lepas. Sekarang ni tengah honeymoon je kat rumah. 

Nak keje, tapi mama cakap duduk je kat rumah, tolong mama kemas rumah plus masak untuk family. Dengan separuh rela, Lya okey-kan je. Tsk tskk. 

Target utama untuk haritu memang nak pergi Penang Hill je sebab kitorang hanya ada 6 jam je. So, memang tak dapat nak jalan merata lah. Dari uitm ke Penang Hill pun dah ambik masa lebih kurang sejam lebih. Then terkejar kejar pulak nak balik awal sebab takut jammed. Biasalah Penang, kalau tak balik awal, memang tersangkut lah atas Jambatan Penang tuh. 

Okey, lepas ni tengok jelah gambar Lya kat Penang Hill. Taknak cakap panjang. Kesian dekat korang nanti kena baca bebelan Lya ni. 




Nak naik ke atas Penang Hill, kena naik train yang curam gitu. Tapi best. Try lah pergi kalau datang Utagha nahh...

Credit to my Official Photographer. Thank you so much. 

Time ni dah sampai ke Puncak Penanh Hill. Best kau tengok scene kat sini.

Dari sini, kita dapat tengok pemandangan Penang. Cantik sangat. Serius tak tipu. 




Lastly, terjumpa ulat gonggok yang sangat besar. First time jumpa, seram bakhanggg...Ohh sebelum terlupa, kalau datang Penang, jangan lupa pekena Nasi Kandaq tau. Rugi kalau tak cuba. By the way, banyak lagi tempat menarik dekat Penang. Datanglah ke Utagha. Singgah Kedah sama okeh. :)

Happy,
Aliaa Dhamirah.


MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway !


Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)


Jom join !
Aliaa Dhamirah.

Cinta itu .

Assalamualaikum.


Bila cinta adalah nafas,ku ingin hidup seabad.
Bila cinta adalah keindahan, ku ingin selalu melihatnya.
Bila cinta adalah luka, ku tak peduli seberapa pahitnya.
dan bila cinta adalah air mata, ku akan tetap
tersenyum walaupun dalam duka.
Jika inilah takdirku... aku ikhlas untuk setiap takdirMu.

Cinta?
Ramai yang tahu apa itu cinta.
Ramai yang selalu menyebutnya.
Dimana-mana pun wujudnya cinta.
Cuma, bagaimana kita sebagai manusia hendak mencorakkan cinta itu?

Terdapat banyak jenis cinta.
Antaranya,
Cinta kepada Allah,
Cinta kepada Malaikat,
Cinta kepada Rasul,
Cinta sesama manusia.

Rasa cinta wujud sejak kita lahir lagi.
Lya pun tak terkecuali untuk mendapat dan memberi cinta.
Cinta itu indah.
Cinta itu menghasilkan rasa bahagia di dalam diri.

Cinta ibarat manusia,
boleh berputik, mekar dan kemudiannya menjadi layu.
Menjadi lumrah kehidupan untuk bercinta.
Tanpa cinta, siapalah kita.

I LOVE YOU ....

  •  Mama Abah
  • Adik, abang, kakak, anak sedara
  • Muhammad Safwan
  • Sedara mara
  • Guru-guru
  • Rakan-rakan
  • dan semua yang kenal dengan Lya


Cinta,
Aliaa Dhamirah.




Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Jom join,
Aliaa Dhamirah.


Exam .


Assalamualaikum.

This is what i'm having now. That's why, i did'nt active my blog. Rindunya lahai dekat blog ni. Selalu ada je rasa nak update bagai. Tapi bila nak update je, idea lost . 

Hanya tinggal lagi dua paper je. Then dah boleh cuti semester dengan heavennya plus tambah berat badan. No... no... no... Habis aku macam ni. =,="


Time-time final ni, mulalah rasa stress bagai. Sebab takut nanti tak pass je. Takut kena extend paper. haih. Mintak dijauhkan lah. Kadang sampai tak tahu nak baca ape. Aliaa ohh Aliaa. Chaiyokk Aliaa. don't give up. *Note to myself*


This is a scene in my university. Bajet Sonata Musim Bunga kau. Time time gini ramai pulak nak tangkap gambar bajet dekat luar negeri. Kalau tengok sekarang, penuh bunga bunga tu atas tanah. Cantik sangat. Ada hikmah rupanya selepas musim panas terlampau sebelum ni. Alhamdulillah, Allah bagi hujan bersama dengan musim bunga yang sangat cantik. Indahnya.. 

Bila dah lama tak aktif ni, rasa kekok pulak nak update. InsyaALLAH lepas habis final, Lya nak ubah design blog ni. Nak aktif balik. Harap-harap ada lah idea nanti. 





Wish me luck. Xoxo
Aliaa Dhamirah.


Perasaan bukan perasan.

Assalamualaikum.




Perasaan? 
Satu perkataan yang penuh dengan makna tersendiri.
Semua orang ada perasaan. Cuma berbeza-beza. 
Bukan aku minta, bukan aku nak.
Cuma semua orang dikurniakan perasaan. 

Kadang-kadang, hidup kita perlukan sebuah pengorbanan.
Daripada pengorbanan, kita memerlukan perjuangan.
Perjuangan pula memerlukan ketabahan.
Dari situ, kita akan dapat keyakinan.
Keyakinan itulah akan menentukan kejayaan kita.
Dan akhirnya menentukan kebahagiaan.

Kadang-kadang kita memerlukan kesabaran.
Tetapi, semakin lama kita menyimpan kesabaran,
Sampai ke suatu tahap, kesabaran kita akan bertukar kepada marah.
Kadang-kadang kita menunjukkan kesabaran itu,
Tetapi kesabaran kita itu tidak disedari.
Malah, kita dikatakan kita mempunyai kesabaran yang kurang.
Adakah ini dikatakan kesabaran kita hanya sia-sia?

Kadang-kadang kita sedih,
Kita menangis dalam diam.
Kita menutup kesedihan kita dengan kegembiraan yang dibuat-buat.
Tetapi kita melihat orang lain gembira.
Tetapi kesedihan kita tidak disedari.
Tidakkah mereka tahu apa yang telah menyebabkan kita sedih?

Kadang-kadang kita memerlukan perhatian.
Perasaan diabaikan akan wujud jika kita tidak dipedulikan.
Tetapi, bila ditanya, pertanyaan akan kembali kepada kita.
"Perasaan mereka pula siapa nak jaga?"
Apakah yang patut kita lakukan?
Tidakkah mereka sedar yang selama ni kita telah mengabaikan perasaan kita?
Demi menjaga perasaan mereka?
Siapakah yang patut dipersalahkan?

Apa yang perlu kita lakukan ?


Till then,
Aliaa Dhamirah.





Review : Edit Blog

Assalamualaikum.
 Kebusyan melanda diri sejak dua menjak ni. Haih. Letih letih. Tapi kalau tak membusyka diri, macam mana nak berjaya kan? 

Dua tiga minggu lepas Lya dah siap edit satu lagi blog. Ambil masa seminggu jugak nak siap. 


Folder khas untuk edit blog. 

Dengan bertemankan awan, selesai jugak Lya mengedit blog ni hah. Letih jugak lah sebab tambah dengan test dengan quiz lagi. 




Pakej yang Dayah ni ambik ialah:

  • Header
  • Welcome Image
  • Cursor
  • Sidebar
  • Content
  • Footer Image
  • Chatbox
  • Dashboard & Follow Button
  • Floating Button
  • Credit Section
  • Button Home, Older, Newer
  • Top Button
  • Scroll Bar
  • Blockquote
  • Border Keliling Blog

Boleh visit her blog untuk tengok real preview. Thanks.

http://awandihatiku91.blogspot.com/

Till then,
Aliaa Dhamirah.


Happy Today :D

Assalamualaikum.

Esok cuti sempena Ulang tahun Sultan Kedah. So, hari ni tak balik Uitm lagi lah. Lya actually dekat rumah ni. 

Hari ni seharian Lya bersama family Lya. Semua adik beradik berkumpul hari ni. Cuma adik Lya sorang je takde sebab stay asrama. 

Sempena hari ni, disebabkan semua pakat ada, kitorang makan tengahari beramai-ramai. Mama Lya yang masak. Ada ikan bakar, kari, sayur, sambal belancan, ulam dan banyak lagi lah. Lya pulak bahagian buat air. So, hari ni Lya buat kelainan sikit. Air Koktail Buah-buahan Campuran with Laici and Krimer Sejat. Minum time panas memang best. Dua kali Lya terpaksa buat air ni sebab cepat habis. Alhamdulillah . 


Petang pulak, kitorang lepak dekat luar rumah. Ambil angin petang. Rumah kampung je. Biasa-biasa saje.

Naqiu dengan abang Lya. Naqiu ni anak sedara Lya yang kedua. Sekarang dah pandai nak ikut orang. Tambah-tambah kalau dia nampak sape-sape yang pakai tudung, confirm nak ikut. Abang Lya ni yang sulung. Kitorang semua ada 7 beradik. Tapi sekarang dah tinggal 6 orang je. Sebab kakak Lya dah kembali kerahmatullah. Accident dengan bas sekolah.

Ni pulak Balqish. Anak sedara Lya yang first. Time ni dia tengah main masak-masak katanya.


Dalam pukul 6 lebih petang tadi, adik Lya, Nurin dengan Balqish ajak pergi Playland dekat Ekspo. Pujuk punya pujuk abah Lya, last-last abah  kasi guna kereta kesayangan abah. Siap pesan parking elok-elok. Takut calar. Haha.






Dah maghrib, kitorang sampai rumah. Oh lupa. Lya pergi playland ni dengan Kakak ipar, Naqiu, Balqish and Nurin.

Happy,
Aliaa Dhamirah.


" PHASE 2: PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA BERSAMA BEN ASHAARI"

Assalamualaikum. 

Hari itu Lya ada buat entry pasal Lya menang Contest Ephyra Bersama Ben Ashaari kan? Hari ni, Lya nak review pasal produk ini selepas Lya makan produk ni.



Alhamdulillah selepas Lya menggunakan produk ni, Lya rasa lebih bertenaga dan kulit rasa gebu semacam. Jerawat pun dah jarang naik ke muka. Malah rasa lebih bertenaga.

*Tanpa make-up*

First time Lya mimun, susah nak terima dekat tekak. Tapi lama kelamaan, rasa tu dah sebati dalam diri Lya. Mama Lya sampai teringin nak beli produk ni sebab rasa sedap. Lagipun, khasiat dia untuk luaran dan dalaman kita. 

Bayangkan mama Lya sebelum ni tak pernah rasa nak mencuba mana-mana produk, tiba-tiba terus suruh Lya search tempat untuk beli produk ini. InsyaALLAH produk ini dijamin halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. 

Ephyra dihasilkan daripada 9 Keajaiban Alam Semula Jadi iaitu :
  • Kolagen ikan laut dalam
  • Acai Beri
  • Astaxanthin
  • L-glutathione
  • Acerolla Cherry
  • Serbuk Tomato
  • Bunga Marigold
  • Superberry
  • Gam akasia


Ephyra Sesuai Untuk :
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun keatas)
  • Ibu menyusu dan hamil (6 bulan keatas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam.
  • Kulit Berjerawat
  • Kulit berjeragat dan berparut
  • Eczema / Penyakit kulit
  • Gastrik / Masalah Usus
  • Menurunkan kolestrol
  • Stress / Kemurungan / Ceria
  • Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
  • Asthma / Lelah / Penat / Semput
  • Gout / Arthritis Sendi
  • Menopause
  • Ketidakseimbangan Hormon
  • Alergi Makanan Laut
  • Resdung
  • Penyakit Gusi / Demam
  • Masalah Tidur / Kelesuan
  • Jangkitan Pundi Kencing
  • Masalah Buah Pinggang
  • Kanser / Pertumbuhan Tumor
  • Sakit Sendi & Sengal Badan
  • Jantung / Saluran Darah
  • Migraine / Sakit Kepala
  • Strok / Perkinson
  • Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
  • Masalah Senggugut / PMS
  • Jangkitan Virus / Bakteria
  • Darah Tinggi
  • Masalah Saraf
  • Kencing Manis
  • Thyroid
Khasiat Pengambilan
  • kulit lebih anjal
  • kulit lebih lembap & halus
  • tona kulit menjadi sekata
  • ransang kulit baru untuk penyembuhan luka
  • melicin, mencerah dan menegangkan kulit (anti penuaan)
  • hilangkan jeragat, parut jerawat & sembuhkan jerawat
  • kurangkan masalah resdung
  • antioksidan yang mejarab - menetang radikal bebas
  • memberi tenaga , sesuai untuk warga emas & uzur
  • kuatkan folikel rambut & mengurangkan keguguran rambut
  • meningkatkan sistem imunisasi & metabolisma badan
  • merawat rambut gugur, kuku & rekahan tumit kaki
  • kuatkan sistem abdomen & memelihara kelenjar tiroid
  • menurunkan tekanan darah tinggi & kencing manis
  • mengurangkan risiko kanser & tumor
  • memberi kekenyangan (sesuai untuk proses diet)
  • mengurangkan berat badan tanpa diet
  • mengurangkan selulit
  • mengurangkan asthma / lelah / merawat gastrik
  • melancarkan peredaran darah & pulihkan sakit sendi
  • menguatkan tulang sendi serta menjauhkan artritis & osteoporosis
  • meningkatkan sel rawan, ligament dan otot
  • merawat penyakit gout / stroke
  • menurunkan kolestrol & stabilkan kadar gula dalam darah
  • membantu menstabilkan pesakit yang mempunyai penyakit jantung
  • mengurangkan masalah katarak @ rabun dan sakit lutut

Harga di pasaran :
Premiun pack : 30 Sachet (RM 197 SM, RM 207 SS)
Trial pack : 10 Sachet (RM 68 SM, RM 78 SS)

Jom sama-sama kita try. InsyaALLAH dijamin berkesan. Lya cuma mencadangkan je sebab Lya dah cuba. Korang bila lagi kan? Apa yang Lya cuba, Lya akan share dekat korang supaya korang pun akan merasai pengalaman mencuba produk ini.

Lya pun bantu mama Lya supaya mama lebih sihat. Lya harap tekanan Darah Tinggi mama semakin berkurang. Amin.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh PM Lya dekat FB Lya. Klik contact di sebelah kiri blog Lya . :)

Jom try ,
Aliaa Dhamirah.


Contact !

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Rindunya. Sejak dahku habis cuti ni, ke'busy'an melanda diri ni macam Ribut Taufan Katrina . Hiperbola sangat . *tipu*

Khas untuk pembaca blog Lya, cewaahhh. Kalau korang nak contact Lya, kenal Lya dengan lebih dekat, korang boleh contact Lya dekat mana-mana salah satu laman sosial di bawah ye. Sebab Lya hanya betul-betul aktif di tempat yang tersebut....... Haha












  • Wechat ID : Safwan_Aliaa32





Kalau dari rakan-rakan blogger yang Add/Follow Lya, mention Lya tau. Cakap korang dari rakan blog Lya. Okehh ? Nanti Lya follow back ye.

Till then,
Aliaa Dhamirah.