Holiday : Langkawi #2

Assalamualaikum. 

Hari kedua Lya dekat Pulau Langkawi, macam biasa bangun awal dari kebiasaan sebab ada aktiviti best yang Lya akan buat dengan family pada hari tu. 

Lya dengan family tempah bot untuk melawat pulau. Harga murah je. Just RM 100 lebih je. Tak ingat actually harga sebenar. Harga tu untuk tempah satu bot terus. Macam Lya, family Lya ada 12 orang semua. So, muat untuk satu bot. 


 Dekat sini lah Lya pusing pulau. Dekat Kilim Geoforest Park . Sangat best ! Dalam pakej Lya, kitorang pusing pulau selama satu jam je. Ada yang tiga jam tapi sekali dengan mandi pantai plus memancing bagai. Malas lah nak ambil yang tiga jam sebab banyak lagi aktiviti nak buat hari tu.

 First kitorang singgah Gua Kelawar. Banyak sangat kelawar dalam gua tu. Bayaran tak dikenakan sebab termasuk dalam pakej yang kitorang bayar. Just bayar untuk tochlight RM1 je lah.

 Dah puas tengok kelawar, pergi pulak melawat sangar ikan. Kat sini siap ada restoran. Kalau nak makan, boleh lah pilih ikan dekat sangkar ni then suruh diorang masak.

 Ni ikan yu. Siap boleh pegang lagi. Yang bestnya. ikan pari dekat situ sangat jinak. boleh bagi makan terus ke mulut dia. Manja sangat. Ikan pari dekat situ takde gigi. So, dijamin tak merbahaya.

 Pusing-pusing pulau, ternampak kapal ni. Tahu kapal ni kapal ape? Kapal ini lah diorang buat penggambaran Ombak Rindu. Scene last Aaron Aziz dengan Maya Karin. Time ni "mat saleh" yang sewa. Nak sewa kapal ni agak mahal. Seorang RM 250.
 Tak lupa jugak pergi pulau yang terdapat burung helang. Dekat situ ada pelbagai spesis jenis burung helang. Selama ni Lya ingat burung helang ada satu spesis tu je. Rupa-rupanya banyak jugak spesis dia. Kat sini siap boleh kasi burung helang makan lagi.

Dah puas pusing pulau. Cukup sejam. Then melawat pulak Ayer Hangat. Memang hangat betul. Dapat rendam kaki dekat situ. Suam-suam kuku je. Best !

Dekat Ayer Hangat ada Jakuzi beb ! Ohsem sangat. Tapi Lya tak berjakuzi pun. Sebab nak melawat tempat lain lagi. 

After that keTaman Buaya. Yang ni ohsem. SANGAT beribu buaya kat situ. Gerun pun ada bila tengok yang besoo-besoo tu. Eeee.

 Anak buaya. Mula-mula semua pakat bertenggek dekat atas. Dalam kolam sekorr pun takde. Bila abang Lya baling makanan, semua pakat berebut turun nak rebut makanan.

 Nasib Lya haritu sebab dapat tengok persembahan buaya. Buaya ni ikut je apa yang pakcik tu suruh. Buaya ni yang terpaling besar dekat Taman Buaya tu. Takut hokeh. Takutt... Tambah-tambah bila dia keluarkan bunyi. Serammm


Yang ni pulak dekat kolam besar. Kolam tu memang penuh dengan buaya besar-besar. Bayangkan dalam kolam tu penuh dengan beribu buaya dalam dia? Kalau jambatan dekat kolam ni runtuh, alamatnya habislah kena makan. Selain persembahan buaya, Lya dapat tengok diorang bagi buaya ni makan. Buaya ni mampu lompat tinggi untuk capai makanan dia. Eeeeeeee.....

Lepas melawat Taman Buaya, terus pergi mandi manda dekat Pantai Tengkorak kot tak silap. Lupa. Hehe. Kat situ air dia sangat bersih. Lebih elok dari Air Pantai Chenang. Tapi Lya tak mandi pun. Main bola tepi pantai je. Malas nak mandi. Nanti kena tukar baju bagai lah. XD

Then lastly, terus ke Pantai Chenang. Shopping baju dekat sana sikit. Pusing-pusing sambil makan. Dekat tengah malam, baru sampai Homestay. Penat, terus siap-siap untuk tidur awal sebab esok tu ada aktiviti lain lagi.

p/s : Nanti Lya update untuk hari ketiga pulak.


Thanks,
Aliaa Dhamirah.





3 comments:

  1. teringin nak g langkawi lagi.. best kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat. Even dah pernah pergi sebelum ni :)

      Delete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)