Holiday : Langkawi #1

Assalamualaikum.



Jarang nak bangun awal time cuti melainkan ada benda nak dibuat. Okay ! Hari ni pukul 5 pagi dah bangun awal sebab nak pergi Langkawi ! Yeahhhh ! Orang lain sibuk kemas barang nak balik Uitm, Lya pulak nak pergi holiday. BTW, barang-barang Lya dah siap hantar balik Uitm. Tunggu nak bawa baju je nanti. Kan senang. Memudahkan kerja. Hoyeh!

Bukan first time okayy. Even dah pernah sampai, tapi still teruja sebab datang tempat ni. Ingat orang Kedah macam Lya ni, selalu ke datang Langkawi? Helloooooo..... Jarang jugak tau. Jangan nak memandai cakap orang Kedah selalu pergi ke Langkawi.

Naik Ferri pagi tadi, punya lah tersiksa jiwa raga tak tau nak HABAQ ... Bermula daripada ferri tu laju plus air berombak-ombak kuat plus ferri melambung-lambung, tiba-tiba ada salah seorang penumpang dalam ferri tu datang dekat tong sampah berdekatan dengan tempat Lya dengan family Lya duduk. Rupa-rupanya, penumpang tu muntah teruk. Lya ni pantang kalau orang muntah depan Lya. Mulalah rasa nak terkeluar sekali. Tapi nasib still dapat bertahan.

Family Lya yang lain, seorang demi sorang dah mula muntah dalam plastik. Mana tahan kalau tertengok orang muntah depan mata kita kan. Daripada 12 orang ahli keluarga Lya yang pergi Langkawi, Lya, adik Lya, Nurin dan Mama je tak muntah. Kitorang just rasa nak muntah. Tapi still dapat bertahan lagi. Sejam lebih kot nak sampai. emang kena tahan gila lah.

Lepas sampai, terpaksa pulak tunggu lagi nak dekat dua jam sebab abang Lya pergi ambil kereta sewa dekat rumah yang kitorang sewa kereta tu. Abang Lya lambat sebab tak dapat drive sebab pening dia tak habis lagi. Trauma dengan muntah tu semua. grrrr.

Dah sampai Homestay yang menempatkan 3 buah bilik, dapur, 2 bilik mandi, ruang tamu, mesin basuh, iron. Pokok nya semua complete. Terus rehat and tak keluar ronda mana-mana sebab masing-masing still mabuk laut. Pakat tertido habis. Alahaii..... Tak jadi plan nak meronda hari ni.

Nanti Lya update hari kedua Lya dekat sini tau. Lya nak rehat. Sebab penat plus penyakit Lya is back.

Take care korang,
Aliaa Dhamirah.





1 comment:

  1. syoknya pi holiday...nnt update lagi no... was here singgah malam sat..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)