Holiday : Langkawi #2

Assalamualaikum. 

Hari kedua Lya dekat Pulau Langkawi, macam biasa bangun awal dari kebiasaan sebab ada aktiviti best yang Lya akan buat dengan family pada hari tu. 

Lya dengan family tempah bot untuk melawat pulau. Harga murah je. Just RM 100 lebih je. Tak ingat actually harga sebenar. Harga tu untuk tempah satu bot terus. Macam Lya, family Lya ada 12 orang semua. So, muat untuk satu bot. 


 Dekat sini lah Lya pusing pulau. Dekat Kilim Geoforest Park . Sangat best ! Dalam pakej Lya, kitorang pusing pulau selama satu jam je. Ada yang tiga jam tapi sekali dengan mandi pantai plus memancing bagai. Malas lah nak ambil yang tiga jam sebab banyak lagi aktiviti nak buat hari tu.

 First kitorang singgah Gua Kelawar. Banyak sangat kelawar dalam gua tu. Bayaran tak dikenakan sebab termasuk dalam pakej yang kitorang bayar. Just bayar untuk tochlight RM1 je lah.

 Dah puas tengok kelawar, pergi pulak melawat sangar ikan. Kat sini siap ada restoran. Kalau nak makan, boleh lah pilih ikan dekat sangkar ni then suruh diorang masak.

 Ni ikan yu. Siap boleh pegang lagi. Yang bestnya. ikan pari dekat situ sangat jinak. boleh bagi makan terus ke mulut dia. Manja sangat. Ikan pari dekat situ takde gigi. So, dijamin tak merbahaya.

 Pusing-pusing pulau, ternampak kapal ni. Tahu kapal ni kapal ape? Kapal ini lah diorang buat penggambaran Ombak Rindu. Scene last Aaron Aziz dengan Maya Karin. Time ni "mat saleh" yang sewa. Nak sewa kapal ni agak mahal. Seorang RM 250.
 Tak lupa jugak pergi pulau yang terdapat burung helang. Dekat situ ada pelbagai spesis jenis burung helang. Selama ni Lya ingat burung helang ada satu spesis tu je. Rupa-rupanya banyak jugak spesis dia. Kat sini siap boleh kasi burung helang makan lagi.

Dah puas pusing pulau. Cukup sejam. Then melawat pulak Ayer Hangat. Memang hangat betul. Dapat rendam kaki dekat situ. Suam-suam kuku je. Best !

Dekat Ayer Hangat ada Jakuzi beb ! Ohsem sangat. Tapi Lya tak berjakuzi pun. Sebab nak melawat tempat lain lagi. 

After that keTaman Buaya. Yang ni ohsem. SANGAT beribu buaya kat situ. Gerun pun ada bila tengok yang besoo-besoo tu. Eeee.

 Anak buaya. Mula-mula semua pakat bertenggek dekat atas. Dalam kolam sekorr pun takde. Bila abang Lya baling makanan, semua pakat berebut turun nak rebut makanan.

 Nasib Lya haritu sebab dapat tengok persembahan buaya. Buaya ni ikut je apa yang pakcik tu suruh. Buaya ni yang terpaling besar dekat Taman Buaya tu. Takut hokeh. Takutt... Tambah-tambah bila dia keluarkan bunyi. Serammm


Yang ni pulak dekat kolam besar. Kolam tu memang penuh dengan buaya besar-besar. Bayangkan dalam kolam tu penuh dengan beribu buaya dalam dia? Kalau jambatan dekat kolam ni runtuh, alamatnya habislah kena makan. Selain persembahan buaya, Lya dapat tengok diorang bagi buaya ni makan. Buaya ni mampu lompat tinggi untuk capai makanan dia. Eeeeeeee.....

Lepas melawat Taman Buaya, terus pergi mandi manda dekat Pantai Tengkorak kot tak silap. Lupa. Hehe. Kat situ air dia sangat bersih. Lebih elok dari Air Pantai Chenang. Tapi Lya tak mandi pun. Main bola tepi pantai je. Malas nak mandi. Nanti kena tukar baju bagai lah. XD

Then lastly, terus ke Pantai Chenang. Shopping baju dekat sana sikit. Pusing-pusing sambil makan. Dekat tengah malam, baru sampai Homestay. Penat, terus siap-siap untuk tidur awal sebab esok tu ada aktiviti lain lagi.

p/s : Nanti Lya update untuk hari ketiga pulak.


Thanks,
Aliaa Dhamirah.





Holiday : Langkawi #1

Assalamualaikum.



Jarang nak bangun awal time cuti melainkan ada benda nak dibuat. Okay ! Hari ni pukul 5 pagi dah bangun awal sebab nak pergi Langkawi ! Yeahhhh ! Orang lain sibuk kemas barang nak balik Uitm, Lya pulak nak pergi holiday. BTW, barang-barang Lya dah siap hantar balik Uitm. Tunggu nak bawa baju je nanti. Kan senang. Memudahkan kerja. Hoyeh!

Bukan first time okayy. Even dah pernah sampai, tapi still teruja sebab datang tempat ni. Ingat orang Kedah macam Lya ni, selalu ke datang Langkawi? Helloooooo..... Jarang jugak tau. Jangan nak memandai cakap orang Kedah selalu pergi ke Langkawi.

Naik Ferri pagi tadi, punya lah tersiksa jiwa raga tak tau nak HABAQ ... Bermula daripada ferri tu laju plus air berombak-ombak kuat plus ferri melambung-lambung, tiba-tiba ada salah seorang penumpang dalam ferri tu datang dekat tong sampah berdekatan dengan tempat Lya dengan family Lya duduk. Rupa-rupanya, penumpang tu muntah teruk. Lya ni pantang kalau orang muntah depan Lya. Mulalah rasa nak terkeluar sekali. Tapi nasib still dapat bertahan.

Family Lya yang lain, seorang demi sorang dah mula muntah dalam plastik. Mana tahan kalau tertengok orang muntah depan mata kita kan. Daripada 12 orang ahli keluarga Lya yang pergi Langkawi, Lya, adik Lya, Nurin dan Mama je tak muntah. Kitorang just rasa nak muntah. Tapi still dapat bertahan lagi. Sejam lebih kot nak sampai. emang kena tahan gila lah.

Lepas sampai, terpaksa pulak tunggu lagi nak dekat dua jam sebab abang Lya pergi ambil kereta sewa dekat rumah yang kitorang sewa kereta tu. Abang Lya lambat sebab tak dapat drive sebab pening dia tak habis lagi. Trauma dengan muntah tu semua. grrrr.

Dah sampai Homestay yang menempatkan 3 buah bilik, dapur, 2 bilik mandi, ruang tamu, mesin basuh, iron. Pokok nya semua complete. Terus rehat and tak keluar ronda mana-mana sebab masing-masing still mabuk laut. Pakat tertido habis. Alahaii..... Tak jadi plan nak meronda hari ni.

Nanti Lya update hari kedua Lya dekat sini tau. Lya nak rehat. Sebab penat plus penyakit Lya is back.

Take care korang,
Aliaa Dhamirah.





SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE

Assalamualaikum.

Tertengok dari seorang friends Lya, so teringin jugak nak join.


Bicara Mak Dara
Klik atas Untuk Join :)

Gambar yang menjadi pilihan Lya adalah gambar Lya sendiri :




Oke kot gambar ni. Malas nak fikir dah gambar lain.

Thanks,
Aliaa Dhamirah



November Giveaway by Cik Yaya

Assalamualaikum.

Dah lama tak join mana-mana GA. So, sekarang masa terlalu free sehinggakan tak tahu nak buat apa, join GA jelah. Jumpa GA ni daripada one of my follower. 



Nak Join? Meh Klik Banner.


Tempahan Edit Blog Dibuka (Soft & Hard Design)

Assalamualaikum.

Sementara kehidupan yang terbuang sekarang ini. Lya nak ambil tempahan untuk edit blog lah. Berkongsi dengan seorang lagi blogger. Lya akan ambil tempahan untuk soft design manakala seorang lagi blogger akan ambil tempahan untuk hard design. 

Beza antara soft design dengan hard design ni adalah :
Soft Design
  • Warna lebih lembut
  • Menggunakan animation yang comel-II
  • Design lebih ke arah keperempuanan
Hard Design
  • Warna garang
  • Lebih kedewasaan
  • Sesuai untuk lelaki

Contoh Soft dengan Hard adalah seperti dibawah :

Blog Lya sendiri. Lya menggunakan Soft Design.


Blog ini salah satu contoh untuk Hard Design. 
Boleh lihat di blog = Obsession


Jenis-jenis Tempahan yang diambil ialah:
  • Full edit (Background, header, sidebar, footer, post & etc..)
  • Header
  • Background
  • Sidebar
  • Shoutbox
  • Footer
  • & atas permintaan
Untuk harga, boleh dirunding. Untuk membuat tempahan, anda boleh komen dibawah atau PM Lya dekat Page FB Lya . Klik Link dibawah untuk ke Page Lya. Terima Kasih :)

Aliaa Dhamirah Lullaby - Blog

Thanks,
Aliaa Dhamirah.