Kemarin itu Sedih :'(

Asssalamualaikum..
Hari ini, penggunaan ganti nama "AKU" digunakan .. Harap maklum...

Tanggal 8 November 2012, telah terlakar sejarah untuk aku . Apekah itu? Muahahaha..........

 Sedih aku bila terkenangkan kawan-kawan, cikgu-cikgu, Mr. Boyfie and adik-adik junior dekat sekolah. Air putih itu sentiasa membasahi tubir mataku seharian kemarin. Syahdunya rasa saat itu.

Saat aku berjumpa diorang yang aku sayang, yang aku cinta, yang aku kasihi dan yang aku kagumi, sebak yang teramat sangat aku rasa. Berat langkahku, berat lagi hati ini untuk meninggalkan sekolah itu. Tempat aku mengenal erti belajar, erti berkawan, erti membenci, erti bergosip, erti mengasihi dan dikasihi, erti kasih sayang, erti bercinta dan macam-macam lah.

 Selamat tinggal baju pengawas yang sempat aku pakai 2 bulan sahaja. Selamat tinggal jawatan-jawatan yang aku sandang di sekolah. Selamat tinggal cikgu-cikgu, kawan-kawan, senior-senior and junior-junior. Aku akan rindukan kalian.

 Kemarin, aku sempat bergambar bersama kawan ku ini, Hazlin. Good Luck babe. Jangan berputus asa. aku sayang kawan-kawan aku.

 Aku sayangkan perhubungan kita. Walaupun kita sempat kenal tak sampai setahun, aku gembira bersama korang semua kawan-kawan. Aku mesti rindukan gosip korang, "perubatan islam" oleh Asmizan, cerita pasal itik & korean, gelak ketawa korang.

Sengaja aku ambil gambar diatas supaya Mr. Boyfie tidak ketinggalan. Aku sayangkan dia. Aku harap dia berjaya kelak.

 Farhana, Azlina, Shakirah (baju putih) & kawan-kawan PRA U 1A, 1B dan 1C : Aku doakan kejayaan korang kelak. Maafkan aku semua salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita.

 Aqila & Aida : Aku takkan lupakan korang. Korang kawan suka duka aku. Korang kawan terbaik aku. Even just tinggal kita 3 orang, kita tetap kamceng . Suatu hari nanti, aku harap geng 7 orang kita tu kembali berkumpul.

 Cikgu-cikgu sekolah aku , mesti tidak akanku lupakan jasa diorang. Tanpa diorang, aku tak mengenal erti kasih sayang, erti belajar, erti kena marah dan sebagainya. Aku akan rindukan saat itu nanti. Suatu saat nanti, aku akan kembali ke sekolah ini untuk tujuan yang tak pasti lagi pada masa hadapan... InsyaALLAH.

 Korang kawan terhebat aku. Hanis, thank you atas segalanya. Aku takkan lupakan engkau. Terima kasih sebab banyak jadi pengapit aku time aku nak dating. Terima kasih sudi mendengar luahan hatiku. Terima kasih juga sudi menasihati aku. Engkau sanggup menadah telinga mendengar segala ceritaku. Terima Kasih kawan. Aku sayang engkau.

Aida & Aqila: Aku sayang korang. Terima Kasih juga.

Azarina : Aku akan rindukan gosip "tuuuut" engkau. Aku sayang engkau dan kawan-kawan lain juga.

Even kita akan berjauhan, aku akan cuba curi masa aku, jumpa dengan korang. Berkongsi cerita dengan korang. Maafkan aku jika aku tidak sempat text korang nanti. InsyaALLAH, aku akan cuba juga untuk berhubung dengan korang. Jangan lupa melawat blog aku ini untuk mengetahui ceritaku semasa disana.



Kepada Mr. Boyfie tercinta, walaupun kita akan terpisah buat seketika, ingatlah, hatimu sentiasa dihatiku. Cintamu sentiasa mengiringiku disana nanti. Kasih sayangmu menjadi semangatku nanti. Kasih sayangku terhadapmu tidak akan sesekali tergoyah dek rintangan dan ujian yang bakal melanda nanti. Ku akan sentiasa merindukanmu. Kesetiaanku terhadapmu tidak akan tergoyah. Walau badai bakal melanda, kita akan pertahankan hubungan kita ini selamanya. Tiada yang lain. Dan ku harap, engkau yang pertama dan terakhir untukku. Setiap saat dan detik, ku akan selalu ingat kenangan kita dahulu. Ku akan cuba bertemu denganmu walau di alam maya sekalipun. Ku takkan berpaling dari hatimu sayang. 

Pesananku terhadapmu sayang...
  • Jangan lupa solat 5 waktu
  • Jaga kesihatanmu
  • Belajar rajin-rajin
  • La Tahzan sayang
  • Ingat Allah selalu sayang
  • Think positive always
  • Control your anger
  • Jaga pemakanan 
  • Selalu inform me your activity
  • Kumpul duit nanti ye
  • REMEMBER ! I love you so much sayang
  • REMEMBER ! lambang cinta kita : BUNGA .
Ku akan cuba menjaga cinta ini sayang. Ibarat ombak dengan pantai. Walaupun tsunami melanda sekalipun, ombak dan pantai tidak akan terpisah sayang. Ingatlah wahai sayangku.....

Jika korang semua rindukan aku, lawatilah blog aku ini selalu. Tegurlah aku di twitter and facebook. Text lah aku selalu. Aku sayang korang semua. 

-Through from my heart : ALIAA DHAMIRAH -




4 comments:

  1. huhu sedihnya nak tinggal kawan-kawan kan. :( tak apa, be strong. mula-mula memang berat nak tinggal. lama-lama okay lah tu. :) nnti blh jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. ololo.. sweet nye hati tetap dekat ye :)

    ReplyDelete
  3. @erawr akak. memang sedih sangat. Huhu. Mesti rindukan diorang nanti. Uwaa.... :'(

    ReplyDelete
  4. @Izara4eva™ Huhu. Hati? Mesti dekat punya. Tak boleh lupa yang tu meh. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)