Kebenaran itu Perit

Assalamualaikum...
Maaf sekali lagi kata ganti "aku" digunakan.

Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Aku merasakan diriku ini seperti insan yang menunggu kematian. Aku tidak sanggup kehilangan orang yang aku paling cinta. Aku tidak sanggup melihat dia merana. Aku tidak sanggup melihat dia sakit. Aku juga tidak sanggup melihat dia menderita. 

Kenapa aku diberi ujian yang maha hebat ini? Kenapa ALLAH telah kejutkan aku dari tidur aku yang tidak sampai 5 minit itu untuk aku mendengar sesuatu yang membuatkan aku sesedih ini? Kenapa aku diberi peluang itu? Kenapa aku perlu tahu? ! 

Aku lebih sanggup mati dulu daripada mengetahui perkara sebenar. Kenapa dia tak cakap dekat aku awal-awal? Aku tahu, dia taknak aku risaukan dia. Tetapi kenapa?! 

Ya ALLAH...
Kenapa perlu dia yang terpilih ? Kenapa engkau tidak pindahkannya kepadaku Ya ALLAH. Aku sayangkan dia Ya ALLAH. Aku cintakan dia Ya ALLAH. Ujian apakah ini Ya ALLAH?

Aku perlukan dia dalam hidupku. Aku perlukan dia untuk buat aku bahagia. Aku perlukan dia untuk membimbing aku kelak. Aku perlukan dia untuk mengimamkan aku. Aku sayangkan dia sangat. Aku tidak memerlukan pengganti dia. Aku mahukan dia.

Biarpun ketika ini aku merasakan pernafasan aku tidak teratur, aku tidak ambil peduli semua itu. Biarlah asthma aku menyerang sekalipun, aku dah tidak peduli. Kesihatan dia lebih aku utamakan. Dia yang lebih bermakna buatku. Dia yang lebih penting dari hidupku sendiri. Aku tidak dapat bayangkan hidupku tanpa dia disisiku. Aku cintakan dia Ya ALLAH.

Tabahkanlah hatiku Ya ALLAH. Sabarkan hatiku Ya ALLAH. Kau kuatkanlah hatiku ini agar aku dapat menjaga dia Ya ALLAH. Jika diberi peluang sekali lagi, aku tidak akan sesekali menerima tawaran tersebut Ya ALLAH. Aku ingin menjaga dia Ya ALLAH. 

Ya ALLAH. Kau berilah kekuatan kepadaku Ya ALLAH. Kau selamatkanlah dia dari segala penyakit Ya ALLAH. Kau berilah kehidupan yang bahagia kepadanya Ya ALLAH. Kau biarkanlah aku menerimanya Ya ALLAH. Kau biarkanlah aku yang merasainya Ya ALLAH. Aku sangat sayangkan dia. Aku taknak kehilangan dia. Aku takut Ya ALLAH. 

Aku takut untuk menerima hakikat sebenar Ya ALLAH. Tidak dapat aku bayangkannya Ya ALLAH. Aku sangat sedih Ya ALLAH. Aku memerlukan seseorang untuk aku meluahkan segalanya Ya ALLAH. Dan aku memilih untuk meluahkannya disini. Meluahkan segalanya. Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bermohon kepadamu Ya ALLAH. 

Aku memerlukan dia disisiku Ya ALLAH. Aku memerlukan ruang untuk aku berseorangan ketika ini Ya ALLAH. Bantulah hambamu ini Ya ALLAH...........


Hanya dengan ini, hatiku mendapat sedikit ketenangan dikala ini. Hatiku merasa tenang sangat.....


2 comments:

Assalamualaikum.
Btw, mohon tinggalkan Link blog di ruang komen.
Sebab ada link yang Ally tak dpt buka.
Thanks ;)