Lya dapat Birthday Gift dari Bro EZ lagi !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekali lagi Lya menang Giveaway lagi. Tengok entry > SINI untuk lihat penyertaan Lya. :D

Walaupun Lya just dapat yang biasa-II saja, tapi, Lya bersyukur sangat sebab diberi peluang sekali lagi oleh Bro EZ. Thank You so much Bro ! Arigato ! Haiph! :D

Jom tengok entry Bro EZ kat > SINI




Till then. bye~ 

p/s: Nak pergi HOLIDAY ! jyeahhh ! :p


Hobby (Reading)

Assalamualaikum...

I'm just want to introduce my hobby. Since year 6, Lya dah mula berjinak-jinak dengan Novel. and untill now, i'm still in love in novel. But ! Love Mr. Boyfie MORE ! :D



This is my BUKTI yang Lya minat novel. Actually, banyak lagi novel yang Lya ada. Kebanyakannya kawan-kawan pinjam. And guest what? ! Mr. Boyfie pun pinjam tau. wahhh ! Lya SUKA !

Till then~ Thank You :D


Kebenaran itu Perit

Assalamualaikum...
Maaf sekali lagi kata ganti "aku" digunakan.

Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Aku merasakan diriku ini seperti insan yang menunggu kematian. Aku tidak sanggup kehilangan orang yang aku paling cinta. Aku tidak sanggup melihat dia merana. Aku tidak sanggup melihat dia sakit. Aku juga tidak sanggup melihat dia menderita. 

Kenapa aku diberi ujian yang maha hebat ini? Kenapa ALLAH telah kejutkan aku dari tidur aku yang tidak sampai 5 minit itu untuk aku mendengar sesuatu yang membuatkan aku sesedih ini? Kenapa aku diberi peluang itu? Kenapa aku perlu tahu? ! 

Aku lebih sanggup mati dulu daripada mengetahui perkara sebenar. Kenapa dia tak cakap dekat aku awal-awal? Aku tahu, dia taknak aku risaukan dia. Tetapi kenapa?! 

Ya ALLAH...
Kenapa perlu dia yang terpilih ? Kenapa engkau tidak pindahkannya kepadaku Ya ALLAH. Aku sayangkan dia Ya ALLAH. Aku cintakan dia Ya ALLAH. Ujian apakah ini Ya ALLAH?

Aku perlukan dia dalam hidupku. Aku perlukan dia untuk buat aku bahagia. Aku perlukan dia untuk membimbing aku kelak. Aku perlukan dia untuk mengimamkan aku. Aku sayangkan dia sangat. Aku tidak memerlukan pengganti dia. Aku mahukan dia.

Biarpun ketika ini aku merasakan pernafasan aku tidak teratur, aku tidak ambil peduli semua itu. Biarlah asthma aku menyerang sekalipun, aku dah tidak peduli. Kesihatan dia lebih aku utamakan. Dia yang lebih bermakna buatku. Dia yang lebih penting dari hidupku sendiri. Aku tidak dapat bayangkan hidupku tanpa dia disisiku. Aku cintakan dia Ya ALLAH.

Tabahkanlah hatiku Ya ALLAH. Sabarkan hatiku Ya ALLAH. Kau kuatkanlah hatiku ini agar aku dapat menjaga dia Ya ALLAH. Jika diberi peluang sekali lagi, aku tidak akan sesekali menerima tawaran tersebut Ya ALLAH. Aku ingin menjaga dia Ya ALLAH. 

Ya ALLAH. Kau berilah kekuatan kepadaku Ya ALLAH. Kau selamatkanlah dia dari segala penyakit Ya ALLAH. Kau berilah kehidupan yang bahagia kepadanya Ya ALLAH. Kau biarkanlah aku menerimanya Ya ALLAH. Kau biarkanlah aku yang merasainya Ya ALLAH. Aku sangat sayangkan dia. Aku taknak kehilangan dia. Aku takut Ya ALLAH. 

Aku takut untuk menerima hakikat sebenar Ya ALLAH. Tidak dapat aku bayangkannya Ya ALLAH. Aku sangat sedih Ya ALLAH. Aku memerlukan seseorang untuk aku meluahkan segalanya Ya ALLAH. Dan aku memilih untuk meluahkannya disini. Meluahkan segalanya. Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku bermohon kepadamu Ya ALLAH. 

Aku memerlukan dia disisiku Ya ALLAH. Aku memerlukan ruang untuk aku berseorangan ketika ini Ya ALLAH. Bantulah hambamu ini Ya ALLAH...........


Hanya dengan ini, hatiku mendapat sedikit ketenangan dikala ini. Hatiku merasa tenang sangat.....


Kemarin itu Sedih :'(

Asssalamualaikum..
Hari ini, penggunaan ganti nama "AKU" digunakan .. Harap maklum...

Tanggal 8 November 2012, telah terlakar sejarah untuk aku . Apekah itu? Muahahaha..........

 Sedih aku bila terkenangkan kawan-kawan, cikgu-cikgu, Mr. Boyfie and adik-adik junior dekat sekolah. Air putih itu sentiasa membasahi tubir mataku seharian kemarin. Syahdunya rasa saat itu.

Saat aku berjumpa diorang yang aku sayang, yang aku cinta, yang aku kasihi dan yang aku kagumi, sebak yang teramat sangat aku rasa. Berat langkahku, berat lagi hati ini untuk meninggalkan sekolah itu. Tempat aku mengenal erti belajar, erti berkawan, erti membenci, erti bergosip, erti mengasihi dan dikasihi, erti kasih sayang, erti bercinta dan macam-macam lah.

 Selamat tinggal baju pengawas yang sempat aku pakai 2 bulan sahaja. Selamat tinggal jawatan-jawatan yang aku sandang di sekolah. Selamat tinggal cikgu-cikgu, kawan-kawan, senior-senior and junior-junior. Aku akan rindukan kalian.

 Kemarin, aku sempat bergambar bersama kawan ku ini, Hazlin. Good Luck babe. Jangan berputus asa. aku sayang kawan-kawan aku.

 Aku sayangkan perhubungan kita. Walaupun kita sempat kenal tak sampai setahun, aku gembira bersama korang semua kawan-kawan. Aku mesti rindukan gosip korang, "perubatan islam" oleh Asmizan, cerita pasal itik & korean, gelak ketawa korang.

Sengaja aku ambil gambar diatas supaya Mr. Boyfie tidak ketinggalan. Aku sayangkan dia. Aku harap dia berjaya kelak.

 Farhana, Azlina, Shakirah (baju putih) & kawan-kawan PRA U 1A, 1B dan 1C : Aku doakan kejayaan korang kelak. Maafkan aku semua salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita.

 Aqila & Aida : Aku takkan lupakan korang. Korang kawan suka duka aku. Korang kawan terbaik aku. Even just tinggal kita 3 orang, kita tetap kamceng . Suatu hari nanti, aku harap geng 7 orang kita tu kembali berkumpul.

 Cikgu-cikgu sekolah aku , mesti tidak akanku lupakan jasa diorang. Tanpa diorang, aku tak mengenal erti kasih sayang, erti belajar, erti kena marah dan sebagainya. Aku akan rindukan saat itu nanti. Suatu saat nanti, aku akan kembali ke sekolah ini untuk tujuan yang tak pasti lagi pada masa hadapan... InsyaALLAH.

 Korang kawan terhebat aku. Hanis, thank you atas segalanya. Aku takkan lupakan engkau. Terima kasih sebab banyak jadi pengapit aku time aku nak dating. Terima kasih sudi mendengar luahan hatiku. Terima kasih juga sudi menasihati aku. Engkau sanggup menadah telinga mendengar segala ceritaku. Terima Kasih kawan. Aku sayang engkau.

Aida & Aqila: Aku sayang korang. Terima Kasih juga.

Azarina : Aku akan rindukan gosip "tuuuut" engkau. Aku sayang engkau dan kawan-kawan lain juga.

Even kita akan berjauhan, aku akan cuba curi masa aku, jumpa dengan korang. Berkongsi cerita dengan korang. Maafkan aku jika aku tidak sempat text korang nanti. InsyaALLAH, aku akan cuba juga untuk berhubung dengan korang. Jangan lupa melawat blog aku ini untuk mengetahui ceritaku semasa disana.



Kepada Mr. Boyfie tercinta, walaupun kita akan terpisah buat seketika, ingatlah, hatimu sentiasa dihatiku. Cintamu sentiasa mengiringiku disana nanti. Kasih sayangmu menjadi semangatku nanti. Kasih sayangku terhadapmu tidak akan sesekali tergoyah dek rintangan dan ujian yang bakal melanda nanti. Ku akan sentiasa merindukanmu. Kesetiaanku terhadapmu tidak akan tergoyah. Walau badai bakal melanda, kita akan pertahankan hubungan kita ini selamanya. Tiada yang lain. Dan ku harap, engkau yang pertama dan terakhir untukku. Setiap saat dan detik, ku akan selalu ingat kenangan kita dahulu. Ku akan cuba bertemu denganmu walau di alam maya sekalipun. Ku takkan berpaling dari hatimu sayang. 

Pesananku terhadapmu sayang...
  • Jangan lupa solat 5 waktu
  • Jaga kesihatanmu
  • Belajar rajin-rajin
  • La Tahzan sayang
  • Ingat Allah selalu sayang
  • Think positive always
  • Control your anger
  • Jaga pemakanan 
  • Selalu inform me your activity
  • Kumpul duit nanti ye
  • REMEMBER ! I love you so much sayang
  • REMEMBER ! lambang cinta kita : BUNGA .
Ku akan cuba menjaga cinta ini sayang. Ibarat ombak dengan pantai. Walaupun tsunami melanda sekalipun, ombak dan pantai tidak akan terpisah sayang. Ingatlah wahai sayangku.....

Jika korang semua rindukan aku, lawatilah blog aku ini selalu. Tegurlah aku di twitter and facebook. Text lah aku selalu. Aku sayang korang semua. 

-Through from my heart : ALIAA DHAMIRAH -




siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D

Assalamualaikum.

Lya tengok dekat salah sorang bloglist Lya, then terjumpak mende menarik + ohsem + gojes sangat ni. Gojes? 

Join Aliaa. Join ! Jangan lepaskan peluang !



 "saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by na kerana dah lama Lya nak bilik Lya di hias cantik supaya nampak ohsem. Tapi disebabkan Lya tak berduit and still belajar, Lya terpaksa abaikan angan-angan Lya tuh. Dinding bilik Lya pun dah luntur warna dia and dah lebih kurang 9 tahun bilik Lya tak dicat semula. OHSEM sangat right? Muahaha. Nampak kosong je. Kalau Lya dapat, mesti bilik Lya nampak ala-ala GOJES mak nok ..... Lya tak nak susahkan parents Lya. Lya taknak lah merungut dekat diorang pasal bilik Lya ni hah. Nak tangkap gambar pun segan sangat eh. Jeles mak nokk bila tengok kawan-kawan punya bilik cantik+kemas sangat doe ! Macam nak toreh-toreh je bilik diorang bagi nampak buruk. *gelak jahat* Bila tengok polka dot tuh, macam nak panggil doraemon je suruh tolong makeover bilik Lya ni hah! Jeles sangat sebab Lya memang minat polka dot gila kot. Hergh ! Geram sangat tengok ni. Nak jugak. Nak jugak. Nak jugak. Hish ! Kalau lah Lya dapat kan, Lya memang nak peluk-peluk Akak Nadia ni hah ! Huhu ^^, "

Jom join ! Klik banner kalau nak join atau meh klik >  http://www.nadiafarahida.com/


"2nd Anniversary Giveaway by QCEY"

Assalamualaikum...
Lya join GA lagik ! 
Hope sangat bertuah kali ini. 

klik banner untuk join. 

Hadiah pun menarik ! so, meh join meh !

TAG :


"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"

Assalamualaikum...

Birthday Bro EZ dah nak dekat tau. 12 November ni. Sama tarikh dengan anak sedara Lya. 
Happy Birthday to him.
May ALLAH bless of him.

This is kali kedua Lya join GA bro EZ. First time dulu Lya dapat Button dari bro EZ. Lya harap, Lya bertuah sekali lagi.

Let's join !


PRIZES

 TWO[2] winners 
Him/her will receive a Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)


FOUR [4] winners

It’s the original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!
Join now, because FOUR [4] of you (him/her) will win a bottle!


TEN [10] winners

TEN [10] PARTICIPANTS will receive Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet




Hadiah menarik right ? Meh sesama memeriahkan GA ni. Nak join? Klik >




Thank you !