Beraya : Zaman kanak-kanak

Assalamualaikum. 
Yoo !

Masih segar dalam ingatan Lya waktu beraya zaman kanak-kanak dulu. Betullah orang cakap kan zaman kanak-kanak memang sangat best. I really miss that moment. But, masa tak boleh diputar kembali kan ?


Mercun Pop Pop ! Lya panggil mercun bawang. Ayah Lya rajin beli dekat Lya waktu Lya kecik-kecik + comel lote dulu. Time tu Lya dah rasa bangga sangat lah sebab dapat main mercun. Padahal, mercun bawang je pun. Apadaaaa~ Time Lya main benda ni, I think dalam umur 5,6 tahun kot.

Bunga Api pulak, dulu ayah Lya selalu jugak beli. Tapi bunga api kat gambar atas tu, ayah Lya selalu suruh guna lidi lain, and jolok (jolok ke?) ke dalam batang bunga api tu. Sebab takut kena tangan. Tapi kan... bab bunga api ni, tiap2 tahun Lya mesti main. Sampai sekarang. Hehe.

sekarang ni dah tak main dah bunga api jenis kat atas tu. Tapi yang ade lidi siap dekat batang dia tu. Yang tu best ! Seronok tahap jumpa beribu beriban bidadari syurga. Tambah2 main sambil lari2, pusing2, nari2. Pergh!

Waktu zaman kanak2 dulu, mesti Lya tak terlepas dari jadi 'ceti haram' . Opsss ! Jalan2 kutip duit raya waktu dulu sangat best ! Keliling kampung Lya ni haaa. Dengan kawan2 pulak tu. sekali terjah rumah orang, masuk je, terus duduk, minum air, makan sikit kuih (tanda je tu) , salam, mintak duit and pergi rumah orang lain pulak. Bila dah dapat duit banyak, ayah mesti mintak duit tu sebab nak taruh dalam bank. Tapi Lya still kecik kan, so, mesti mengamuk punya lah sebab duit kena ambil. Alahaiii.....



Dulu nak seksi pun boleh. Sekarang dah besar. Wajib tutup aurat. Mama Lya selalu beli dress kanak2 ala-ala dress kat atas tu dekat Lya. Dapat dress baru kann.... Time tu kalau boleh nak pakai tiap2 hari woo.



Kalau bab kasut pulak, lepas je beli kasut raya, Lya mesti ulang-alik nak pakai kasut raya. Waktu kecik2 dulu lah. Sampaikan, mama Lya terpaksa sorokkan kasut tu sebab takut Lya pakai keluar rumah sebelum raya. Actually, memang niat macam tu pun dulu. Konon nak tayang dekat kawan2 lain yang KITE DAH DAPAT KASUT BARU ! Biar kawan2 lain dengki.

Nak dijadikan cerita, kisah Lya zaman kanak2 dulu kembali berulang dah di alami oleh ANAK SEDARA tercinta Lya.


My Pleasure . Pardon Me .
~The owner of this blog, Miss Gimmick~
(^^,)